Pernahkah anda terfikir untuk mempunyai sebuah akuarium ikan air tawar di rumah anda? Memiliki akuarium ikan air tawar adalah cara yang terbaik untuk menikmati suasana dasar sungai di dalam rumah anda. Sebuah akuarium yang dipenuhi oleh ikan di dalam air yang jernih dan dikelilingi tumbuh-tumbuhan hijau adalah satu pemandangan yang menakjubkan.
Sebelum memiliki sebuah akuarium ikan air tawar, anda perlu melengkapkan diri anda dengan ilmu-ilmu yang berkaitan. Untuk menyiapkan sebuah akuarium, anda tidak perlu belajar ilmu sains, tetapi cukuplah dengan memberi ikan-ikan anda sebuah habitat yang terbaik. Anda perlu kreatif dan berpandangan jauh. Terdapat pantang larang.
Dengan mengikut panduan asas, anda boleh menyiapkan sebuah akuarium ikan air tawar tahap mudah dan sederhana sukar. Adalah penting untuk anda ingat bahawa setiap ikan mempunyai cara-cara pengurusan tersendiri. Anda dinasihatkan supaya bermula dengan spesies ikan yang agak mudah untuk memahirkan diri anda. Banyak spesies ikan yang mempunyai permintaan yang rumit dan untuk berjaya menyimpan spesies ikan tersebut, anda akan perlu penyelidikan yang lebih teliti. Walau bagaimanapun terdapat banyak spesies ikan yang cantik dan menarik untuk dipilih. Semoga anda berjaya menyiapkan sebuah akuarium yang indah dengan tumbuh-tumbuhan dan ikan yang sihat dan berwarna-warni.